Kelas Menaip Microsoft Office
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2019 yang lepas, pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli Pusat Internet Kg Bako telah menyertai kelas menaip dan ICT. Mereka diberi pendedahan terhadap penggunaan microsoft office untuk menaip dan di berikan pendedahan terhadap kesedaran penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Pelajar diajar tentang penggunaan asas microsoft word yang digunakan untuk menaip surat, membuat kerja kursus dan sebagainya. Kelas ICT pula memberi pendedahan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Mereka diperkenalkan dengan enjin carian maklumat di internet bagi memudahkan mereka membuat rujukan.
Pengisian kelas adalah seperti berikut :
- Pengenalan kepada microsoft office word
- Mencari maklumat di laman web internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: