Pendidikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bako
Sekolah Menengah Kebangsaan Bako atau nama ringkasnya SMK Bako, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Bako.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bako memiliki 735 pelajar lelaki dan 709 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1444 orang. Ia mempunyai seramai 89 orang guru.
Sekolah Kebangsaan Bako
SK Bako terletak di dalam bahagian Kuching dan dikelilingi oleh Penduduk Kampong Bako. Ia terletak di seberang sungai/ muara sarawak. Ia antara tiga sekolah yang terletak di seberang sungai iaitu SK Bako, SK Beradek dan SK Tanjong Bako yang terdapat di sepanjang jalan menghala ke taman negara bako. Pengangkutan utama ke sekolah adalah dengan menaiki bot. Setakat ini belum ada jalan darat yang menghubungkan terus ke sekolah.