Kelas Asas Penggunaan Microsoft Office Word
19 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu yang lepas, 18 Julai 2020, Pusat Internet Kg Bako telah mengadakan kelas latihan microsoft office kepada komuniti Kampung Bako yang merupakan golongan dewasa. Tujuan kelas diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan microsoft office kepada peserta. Selain itu, kelas ini juga memberikan pendedahan kepada peserta daripada pelbagai golongan mengenai cara-cara menggunakan microsoft office word untuk menaip surat, membuat resume dan sebagainya.ia juga adalah untuk meningkatkan pengetahuan ict dan internet kepada peserta yang amat diperlukan pada masa kini. Kelas ini berlangsung selama 1 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: