Kelas Pengenalan Asas Microsoft Office Words
3 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada Ahad yang lepas, 2 Mei 2021, PIK Kg Bako telah mengadakan kelas latihan microsoft office kepada komuniti Kampung Bako yang merupakan golongan belia. Tujuan kelas diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan microsoft office kepada peserta. Selain itu, kelas ini juga memberikan pendedahan kepada peserta daripada pelbagai golongan mengenai cara-cara menggunakan microsoft office word untuk menaip surat, membuat resume dan sebagainya.ia juga adalah untuk meningkatkan pengetahuan ict dan internet kepada peserta yang amat diperlukan pada masa kini. Kelas ini berlangsung selama 2 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: