Staff Training Q4 ’Teamwork That Work’
8 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2022 telah diadakan staff training yang telah dihadiri oleh 8 staff PEDi. Latihan telah diadakan secara dalam talian bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang bertempat di PEDi masing-masing. Tujuan latihan diadakan adalah bagi memupuk kerjasama antara para staf PEDi serta eningkatkan kemahiran staf PEDi untuk mengetahui bagaimana cara menerapkan kemahiran bekerjasama secara berpasukan dengan berkesan.
Taklimat telah dimulakan dengan sesi ice breaking dan sedikit sesi pengenalan berkenaan tajuk latihan iaitu ‘Teamwork That work’. Sepanjang latihan diadakan juga telah dilakukan latihan secara berkumpulan dan sesi soal jawab. Kelebihan yang didapati daripada sesi latihan ini adalah Nilai kerja setiap staf PEDi akan dipertingkatkan serta setiap staf mengetahui bagaimana untuk bekerjasama dengan pasukan secara berkesan agar dapat dimanfaatkan di PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: