Kelas Asas Microsoft Office Pelajar Sekolah Rendah
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniKelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kg Bako, selama 3 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Jumlah peserta yang hadir 10 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Overshare. Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut;
Asas Microsoft Office Word.
- Cara menaip dan mengubah perkataan.
- Cara mengubah warna perkataan.
- Cara mengubah gaya perkataan.
- Cara membesarkan dan mengecilkan perkataan.
- Cara mengubah jarak antara baris.
- Cara membuat senarai berbulet.
- Cara mengubah penjajaran perkataan.
- Cara memasukkan gambar.
- Cara memasukkan jadual.
- Cara memasukkan sempadan halaman.
- Cara menyimpan dokumen lembaran hamparan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: