Menu Rahmah Diperkenalkan
8 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniMenu Rahmah yang diperkenalkan merupakan antara usaha kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup rakyat, mendapat maklum balas positif masyarakat, khususnya golongan sasar. Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu menarik penyertaan lebih 15, 000 restoran di seluruh negara, menyaksikan golongan sasar memanfaatkan sepenuhnya usaha itu yang menurut mereka sedikit-sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung.
Menu Rahmah merupakan menu yang berharga RM 4.90 untuk setiap hidangan yang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran. Setakat ini, antara pemain industri yang terlibat ialah Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang pada waktu ini menawarkan set Menu Rahmah pada harga RM4.90 bagi setiap hidangan nasi berlaukkan ayam atau ikan berserta sayuran dan air mineral.
Program ini adalah sebagai langkah pertama Malaysia dalam memastikan rakyat yang dikategorikan B40 dapat menikmati hidangan mengandungi makronutrien lengkap (karbohidrat, protein dan lemak), serat serta pelbagai khasiat lain pada harga yang jauh lebih murah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: