Kursus Pengendalian Makanan
10 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniNZ Bunga Venture (Training & Consultant) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Kg Bako telah mengadakan Kursus Pengendalian Makanan.
- Tariikh : 9 Oktober 2023 (Isnin)
- Masa: 9.30 pagi - 1.00 tengah Hari
- Peserta: Usahawan dan Komuniti sekitar
- Tempat: Training Room PEDi Kg Bako
Tujuan kursus ini diadakan agar pengendali makanan peka betapa pentingnya latihan pengendali makanan dan memahami kebaikan latihan pengendali makanan tersebut untuk peniaga. Di dalam kursus ini, mereka telah didedahkan dengan perkongsian mengenai Kebersihan Makanan, Keselamatan Makanan, Faktor-faktor kritikal Keracunan Makanan. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: