Majlis Perasmian Surau Al-Falah Taman Mesra Bako
3 April 2023 | Aktiviti TerkiniSetelah sekian lama menunggu, akhirnya kini penduduk Taman Mesra Bako telah mempunyai surau rasmi mereka tersendiri dan dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih semangat. Perasmian telah dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Pada Majlis ini juga, Wan Junaidi telah menyerahkan cek bernilai RM26 000 kepada surau terbabit bagi pembinaan sebuah stor. Untuk rekod , pembinaan surau ini telah bermula pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM 600,000.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: