Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Sarawak
31 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniTahun ini menyaksikan Ambang Kemerdekaan disambut di Mukah Sarawak.Dataran Pehin Setia Raja, Mukah penuh dengan kehadiran pengunjung pada malam Sambutan itu. Dataran itu yang menjadi antara lokasi Sambutan tahun ini dipenuhi pengunjung tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak serta pelancong asing. Para pengunjung yang hadir dihiburkan dengan persembahan oleh artis tempatan Sarawak . Turut berlangsung pada acara itu ialah Ratu Kebangsaan Sarawak 2023.
Antara yang hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: