Pembinaan Tiang Bendera Negeri Sarawak
21 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniRakyat Sarawak harus berbangga dengan projek tiang bendera setinggi 99 meter yang sudah siap dibina di bandar raya ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, ini kerana tiang bendera itu bukan sahaja akan menjadi struktur ikonik buat negeri Sarawak bahkan menjadi tempat tarikan pelancongan baharu untuk pengunjung dari serata tempat.
Terdahulu, pada 29 Januari lalu, Pejabat Premier Sarawak (OPS) menjelaskan bahawa projek tiang bendera tertinggi yang bakal siap November nanti bukan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak tetapi oleh sektor swasta sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terlibat. Pada 17 Jun lalu, tiang bendera setinggi 99 meter itu telah siap dibina di Tebingan Kuching bersebelahan bangunan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kubu Margherita, lengkap dengan bendera Sarawak bersaiz 25 meter lebar dan 12.5 meter tinggi dan seberat kira-kira satu tan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: